Judul : PKR & DAP : MELAYU & BUMIPUTERA TERTIPU LAGI !
link : PKR & DAP : MELAYU & BUMIPUTERA TERTIPU LAGI !
PKR & DAP : MELAYU & BUMIPUTERA TERTIPU LAGI !
Rakyat sekali lagi tertipu dengan permainan politik puak pembangkang. Kali ini isunya ialah pemansuhan diskaun 10 peratus untuk bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, rumah pejabat (SOHO) dan pejabat maya di rumah (SOVO) di negeri Selangor yang bermula hari ini (1 September 2016).Alasannya memang sangat indah. Kerajaan PKR yang ditunggangi oleh parti cauvinis DAP mahukan penyelarasan semula harga jualan dan di atas sebab 'kesamarataan' dan mahu 'berlaku adil'. Maka ramai pihak termasuk orang Melayu sendiri yang 'kagum' dan memuji puak pembangkang tanpa mereka sedari bahawa kaum Melayu dan Bumiputera yang rugi juga akhirnya.
MiM berkata demikian kerana disebalik 'keindahan permainan politik' pembangkang ini, mereka tidak berlaku adil apabila kuota jualan rumah untuk bumiputera masih lagi 30 %. Padahal peratus bumiputera di Selangor adalah lebih kurang 59%.
Maka, jika kerajaan PKR/DAP benar-benar mahu 'kesamarataan', kaum bumiputera sepatutnya juga diberi kuota 59% daripada hartanah yang siap dibina. Kenapa mereka tidak berlaku adil dalam isu ini?
Malah sebenarnya, peratusan bumiputera di negara ini ialah 68.6%.
Tetapi kaum bumiputera mengambil pendirian untuk berkongsi bersama kaum-kaum lain, satu pendirian yang tidak patut diperlekehkan oleh sesiapa terutamanya puak DAP yang terkenal dengan sikap mereka yang rasis melampau.
Ironinya juga, kenapa puak cauvinis DAP ini berdiam diri apabila Setiausaha Agung DAP membeli banglo no swimming pool hasil daripada diskaun yang amat melampau dan murah daripada harga pasaran yang sebenarnya?
Untuk rekod, sebelum ini DAP telah menyerlahkan sikap cauvinis apabila mencadangkan supaya kerajaan Selangor menghapuskan diskaun sebanyak 7 % bumiputera dalam pembelian premis komersial di negeri itu. Padahal semua tahu bahawa terdapat jurang agihan dan ekuiti pemilikan antara kaum terutamanya kaum Bumiputera.
Kerajaan DAP Pulau Pinang lebih teruk lagi apabila dilihat terlebih mesra pemaju tanpa memikirkan masaalah rakyat negeri ini dengan pembinaan projek-projek hartanah yang hanya mampu dilihat sahaja oleh kebanyakan rakyat negeri.
Demikianlah Artikel PKR & DAP : MELAYU & BUMIPUTERA TERTIPU LAGI !
Sekianlah artikel PKR & DAP : MELAYU & BUMIPUTERA TERTIPU LAGI ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PKR & DAP : MELAYU & BUMIPUTERA TERTIPU LAGI ! dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/08/pkr-dap-melayu-bumiputera-tertipu-lagi.html
0 Response to "PKR & DAP : MELAYU & BUMIPUTERA TERTIPU LAGI !"
Posting Komentar