Judul : FITNAH : MALAYSIA MUFLIS DALAM MASA 6 BULAN LAGI !
link : FITNAH : MALAYSIA MUFLIS DALAM MASA 6 BULAN LAGI !
FITNAH : MALAYSIA MUFLIS DALAM MASA 6 BULAN LAGI !
Rupa-rupanya, kenyataan Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan kedua telah disalah anggap oleh Datuk A Kadir Jasin. Perkara ini banyak dibincangkan dalam media sosial tentang motif A Kadir Jasin menulis artikel tentangnya.Ada yang mengatakan bahawa A Kadir Jasin sudah masuk dalam kem pembangkang. Maka adalah lumrah pembangkang untuk membangkang apa sahaja dan memburuk-burukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional. Pembangkang akan hanya highlightkan yang buruk sahaja dan tidak akan menyentuh perkara yang positif dan baik tentang kerajaan BN.
Kadir Jasin telah menulis satu artikel bertajuk Ekonomi : Ingatan Kepada Johari yang disiarkan dalam Sinar Harian. Sebenarnya, artikel ini hanya menyentuh beberapa perkara sahaja iaitu perbandingan di antara Singapura dan Malaysia dan negara maju vs negara membangun
Datuk Johari Ghani menjelaskan bahawa jawapan beliau itu adalah petikan dari jawapan kepada seorang kenalan dan juga pelabur dari negara jiran Singapura.
Kenyataan Kadir Jasin yang mengatakan bahawa perbandingan di antara Malaysia dan Singapura tidak tepat sebenarnya juga tidak tepat kerana perbandingan di antara kedua negara ini memang disengajakan untuk memudahkan pemahaman kenalan itu yang merupakan rakyat Singapura.
Kenalan Johari ini telah menghantar satu artikel melalui whatsapp yang kononnya keadaan ekonomi Malaysia akan muflis dalam jangka masa 6 bulan, nilai ringgit akan jatuh ketahap RM5 berbanding satu dollar Amerika, rizab bank negara tidak sampai Rm100 billion, kedudukan ekonomi negara mengalami pertumbuhan yang negatif, hutang negara yang tinggi mendadak, sistem perbankan yang sangat rapuh dan ekonomi negara yang hanya bergantung pada hasil minyak dan dengan kejatuhan harga minyak, negara akan muflis.
Kita tentu terfikir, puak manakah yang menulis artikel tersebut?
Dan benarkah nilai ringgit akan jatuh ke tahap RM5 berbanding satu dolar?
Jika merujuk kepada Trading Economics,
The Malaysian Ringgit is expected to trade at 4.06 by the end of this quarter, according to Trading Economics global macro models and analysts expectations. Looking forward, we estimate it to trade at 4.18 in 12 months time.
Ringgit Malaysia dijangka tidak akan mencecah RM5 berbanding 1 dolar walau pun pada tahun 2020.
Dan kita semua sedia maklum (kecuali puak pembangkang) bahawa ekonomi negara banyak bergantung kepada harga minyak, komoditi dan faktor ekonomi global. Tetapi sebalik itu, Bank Dunia berkata bahawa Malaysia berpotensi untuk meningkat sebagai negara berpendapatan tinggi.
“With new trade agreements, Malaysia can accelerate reforms to support its transition to high income status,” says Ulrich Zachau, World Bank Country Director for Malaysia.
“Malaysia has the potential to make great strides towards high income status, by boosting the productivity of SMEs, bolstering competition across sectors, liberalizing services to further support exports, and attracting higher value-added foreign investment,” he added.
The Economist Intelligent Unit juga menjangkakan bahawa ekonomi negara Malaysia 'will expand by a steady 4.5% a year on average in 2016 - 2020.'
Logiknya, jika ekonomi negara berkembang lebih daripada 4% , apa mungkin negara kita akan bangkrap dalam masa 6 bulan lagi?
Malah, isu berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digembar-gemburkan serta diulang tayang banyak kali oleh puak Pembangkang juga sebenarnya tidak akan membawa perubahan besar kepada landskap ekonomi Malaysia yang amat berdaya tahan ditambah dengan keyakinan kukuh pelabur terhadap negara ini. Fakta ini diperjelaskan oleh Global Risks Insight (GRI).
Merujuk kepada kenyataan Kadir Jasin pula, Johari Ghani telah menjawab.
"Sekiranya saya tidak menjawab, maka pelabur dari Singapura itu nanti akan berfikir bahawa artikel yang memburukan malaysia yang di”share”kan oleh beliau kepada saya itu kesemua faktanya adalah benar. Kemungkinan pelabur tersebut akan hilang keyakinan, negara akan terlepas peluang pelaburan asing dan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dari pelaburan tersebut juga akan tergugat" kata Johari.Johari Ghani bercakap benar apabila mengatakan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah antara yang terbaik di Asean walaupun keadaan ekonomi global lembap.
1. KDNK Malaysia sebanyak US$9,700 per kapita
2. KDNK Filipina sebanyak US$2,900 per kapita.
3. KDNK Indonesia sebanyak US$3,300 per kapita.
4. KDNK Vietnam sebanyak US$2,100 per kapita.
"Untuk pengetahuan beliau perbandingan yang saya buat diantara Malaysia dengan Singapura dan tidak dengan Filipina, Vietnam atau Indonesia seperti yang disarankan beliau adalah kerana KDNK per kapita negara kita adalah jauh lebih tinggi tinggi berbanding dengan KDNK ketiga-tiga negara tersebut.Seperti yang diperjelaskan,
Sebab itu saya tidak mahu membandingkan negara kita dengan ketiga tiga negara tersebut. Ianya juga bersesuaian dgn hujah Datuk Kadir bahawa – “lagi maju sesebuah ekonomi, lagi sukar menjana kadar pertumbuhan yang tinggi” – maka dalam konteks ini tidak salah kalau saya menggunakan Singapura sebagai perbandingan." kata Johari.
1. Tahun 1998, KDNK Malaysia hanya RM288 billion.Dan jika kita merujuk kepada fakta:
2. Tahun 2008, KDNK Malaysia meningkat kepada RM 924 billion.
3. Tahun 2015, KDNK Malaysia meningkat kepada RM 1.15 trillion walau pun berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak.
1. Tahun 1998, KDNK negara menguncup sebanyak negatif 7%.
2. Tahun 2008, KDNK negara menguncup sebanyak negatif 1.5%.
3. Tahun 2015/2016 walaupun berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positif iaitu 6% – 2014, 5% – 2015 dan 4.1% – 2016 (6 bulan).
"Kadir juga berkata bahawa negara maju memang lebih banyak hutang sebab pemberi pinjaman – “percaya kepada mereka dan mereka mampu bayar balik”.Di sini bezanya di antara kerajaan BN dan pembangkang. Kerajaan BN perlu menyakinkan pelabur-pelabur untuk melabur di negara dan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tetapi bagi pembangkang, mereka mahu pastikan pelabur-pelabur tidak akan menjejakkan kaki di negara ini hanya kerana mahu memburuk-burukkan kerajaan BN. Ada juga kerajaan pembangkang yang memburuk-burukkan negeri lain supaya pelabur melabur di negeri yang ditakbir oleh pembangkang. Malah, ada pemimpin pembangkang yang tidak patriotik serta menjatuhkan nama baik negara di luar negeri.
Ini juga suatu kenyataan tidak tepat kerana ada juga negara maju yang kadar keberhutangannya tinggi yang akhirnya tidak dapat mengekalkan pembiayaan hutang negara mereka dan penyebabkan perkembangan negara mereka terbantut dan menjadi negatif.
Sebagai contoh, negara-negera Eropah seperti Italy, Spain, Portugal dan Ireland merupakan negara maju yang mempunyai penarafan ekonomi yang tinggi (kategori A ke atas) tetapi mengalami pertumbuhan ekonomi yang terbantut sejak 2009 disebabkan kadar keberhutangan yang tinggi (90 hingga 130 peratus daripada KDNK).
Permasalahan ini juga antara sebab mengapa negara-negara tersebut tidak benar-benar pulih daripada European Debt Crisis sejak 2009.
Maka itulah sebabnya Malaysia sentiasa mengambil langkah untuk cuba mengekalkan kadar hutang negara pada kadar tidak lebih 55% kerana kita tidak mahu berada dalam keadaan tidak boleh membayar hutang.
Dengan komitmen kerajaan membina pasarana pengangkutan awam yang efisin untuk generasi akan datang seperti LRT, MRT, Keretapi Laju KL – Singapura dan East Coast Rail Link sudah tentu bebanan hutang ini akan lebih kritikal untuk di uruskan dengan lebih berhati-hati." jelas Johari.
Inilah senario politik negara Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama, itulah modus operandi puak pembangkang yang memang kerjanya untuk memburuk-burukkan dan mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada. Tiada yang mampu untuk dibanggakan tentang gerak kerja pembangkang dan kerajaan-kerajaannya dan kerana itu, mereka akan berterusan menuding jari mencari atau mencipta salah kerajaan BN yang dipilih secara sah.
Dengan cara itu, rakyat tidak akan bercakap tentang betapa buruk dan bersepahnya puak pembangkang yang bergelumang dengan skandal korupsi dan salah guna kuasa. Kita tahu perkara ini. Maka kerana itu, sebagai pihak yang benar, kerajaan BN perlu sentiasa pro-aktif membuat penjelasan yang segera dan baik terhadap isu-isu negatif yang sengaja dibangkitkan oleh puak pembangkang.
Demikianlah Artikel FITNAH : MALAYSIA MUFLIS DALAM MASA 6 BULAN LAGI !
Sekianlah artikel FITNAH : MALAYSIA MUFLIS DALAM MASA 6 BULAN LAGI ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel FITNAH : MALAYSIA MUFLIS DALAM MASA 6 BULAN LAGI ! dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/09/fitnah-malaysia-muflis-dalam-masa-6.html
0 Response to "FITNAH : MALAYSIA MUFLIS DALAM MASA 6 BULAN LAGI !"
Posting Komentar