PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU'

PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU' - Hallo sahabat KABAR KATANYA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel Kabar Katanya, Artikel Ragam, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU'
link : PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU'

Baca juga


PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU'

Kita semua sedia maklum bahawa parti Mahathir-Muhyiddin telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8hb September 2016. Tetapi persoalannya, apakah sebenarnya yang diluluskan oleh ROS?
Sebelum ini, kita difahamkan bahawa parti baharu itu tidak boleh menggunakan singkatan Bersatu.
Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, PPBM telah mengikuti syarat-syarat yang termaktub di bawah Akta Pertubuhan 1966 terma­suk tidak boleh menggunakan nama atau singkatan lain selain apa yang telah diluluskan.
"Ada enam parti dan orga­nisasi lain yang telah gunakan perkataan Bersatu itu, jika masih guna Bersatu, tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Pertubuhan 1966,” katanya.
Ketua Pe­ngarah ROS pula dilaporkan berkata bahawa 'nama singkatan PPBM itu dipersetujui dalam rundingan antara ROS dan parti tersebut yang dibuat selepas permohonan pendaftaran dilakukan.'
Jelasnya, rundingan itu diadakan selepas pihaknya mengkaji nama Bersatu telah digunakan oleh beberapa pertubuhan lain maka penggunaan nama itu tidak dibenarkan.

“Kalau parti itu gunakan bermakna telah melanggar perlembagaan parti dan tindakan pembatalan pendaftaran boleh diambil.
Maka yang diluluskan ialah PPBM bukannya Bersatu.

Satu lagi persoalan yang timbul ialah kenyataan Muhyiddin Yassin yang disiarkan dalam portal pro-pembangkang MalaysiaKini. 
Muhyiddin juga menjelaskan mereka membuat sedikit pindaan pada logo BERSATU.

Katanya pindaan itu dibuat atas permintaan ROS.
Apakah benar kenyataan Muhyiddin itu?

Padahal, laporan awal mengatakan bahawa 'ROS turut meluluskan logo PPBM seperti yang dimohon oleh parti itu.'

Yang mana betul, atas permintaan ROS atau ROS luluskan logo yang dipohon oleh PPBM?

Sebelum ini, logo PPDM telah menjadi bahan jenaka dan dikritik hebat oleh ramai pihak terutamanya netizen di dalam media sosial. Di antaranya ialah persamaan logo parti baharu itu dengan logo Nexus Clinic. Lihat di bawah:
Klinik Nexus ini terkenal dengan rawatan aesthetik kecantikan 'providing a comprehensive range of non-surgical aesthetic procedure and advanced laser treatments'.

Ironinya, salah seorang daripada ahli politik pro-tun, kerap kali dilabelkan 'peminat botox' kerana muka beliau yang tampak awet muda walau pun sudah tua bangka. 'Kebetulan' ini yang menjadi bahan ketawa dan kritikan oleh ramai pihak.

Apakah kenyataan 'atas permintaan ROS' itu sebenarnya untuk menutup malu parti itu yang juga dikenali sebagai 'parti BOTOX'?

Tambahan pula, menurut peruntukan Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966, pertubuhan baharu adalah dilarang menggunakan semua atau sebahagian daripada lambang, logo atau tanda-tanda berikut sebagai lambang, bendera atau simbol pertubuhan:
(m) Bunga kebangsaan iaitu bunga raya.

Hairan bagaimana 'pemikir-pemikir' dalam parti Mahathir-Muhyiddin tidak boleh terfikir tentang peraturan yang amat mudah ini?

Dan sekarang, apakah bunga yang akan digunapakai oleh parti baharu ini sebagai logo parti mereka?

Ada yang mencadangkan lalang sebagai logo rasmi parti baharu itu!
 
Akta 335 (Akta Pertubuhan Pertubuhan 1966) juga telah menetapkan:
(3) Pendaftar hendaklah menolak pendaftaran sesuatu pertubuhan tempatan jika :-
(d) (ii) adalah sama dengan nama mana-mana lain pertubuhan tempatan yang ada

Contoh-contoh parti politik yang menggunakan perkataan 'Bersatu' ialah:
1. Parti Bersatu Sabah (PBS)
2. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
3. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
4. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
5. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
6. Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun MurutBersatu (UPKO)
Maka amat mudah untuk difahami dan logik untuk ROS tidak membenarkan parti Mahathir-Muhyiddin menggunakan singkatan 'Bersatu'.

Cuma satu sahaja yang perlu kita perhatikan iaitu  kenyataan ROS bahawa kalau parti baharu itu menggunakan singkatan ini, ianya bermakna parti itu telah melanggar perlembagaan parti dan tindakan pembatalan pendaftaran boleh diambil.

Dalam masa yang sama, isu ROS dan parti Mahathir-Muhyiddin ini sudah pasti menimbulkan satu lagi persoalan besar yang perlu dijawab dengan segera oleh pihak ROS. Isunya ialah mengenai siasatan ROS tentang kesahihan pemegang jawatan dalam Jawatan Tertinggi Pusat (CEC) parti cauvinis itu.

Sebelum ini timbul persoalan,
Bagaimana DAP masih bebas beroperasi tanpa sebarang tindakan sedangkan wujud arahan mandatori dari ROS pada Disember dua tahun lalu (2102) yang melarang pemegang jawatan CEC yang belum disahkan daripada membuat sebarang polisi mahupun keputusan parti sehingga siasatan terhadap parti berkenaan dimuktamadkan?
Kita harap agar ROS dapat menjawab soalan ini.




Demikianlah Artikel PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU'

Sekianlah artikel PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU' dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/09/parti-mahathir-muhyiddin-tukar-logo.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN TUKAR LOGO & NAMANYA BUKAN 'BERSATU'"

Posting Komentar