Judul : PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN - MODAL DAP UNTUK TUTUP ISU JEFF OOI GAGAL !
link : PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN - MODAL DAP UNTUK TUTUP ISU JEFF OOI GAGAL !
PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN - MODAL DAP UNTUK TUTUP ISU JEFF OOI GAGAL !
Kita sedia maklum bahawa Anggota Parlimen DAP Jelutong, Pulau Pinang ini telah diminta menyerah diri kepada polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam.Isu Jeff Ooi ini juga tidak akan hilang panasnya kerana ianya melibatkan seorang tokoh Islam yang dihormati oleh umat Islam negara. Maka impaknya memang terasa kepada parti DAP, parti yang mermpunyai masaalah besar serta dilabelkan sebagai parti cauvinis. anti-Islam dan anti-Melayu.
Dalam kepanasan isu Jeff Ooi DAP yang dikritik hebat kerana kenyataan tidak sensitif beliau terhadap Allahyarham Hj Haron Din, DAP sekali lagi cuba mengalih perhatian rakyat.
Kali ini, mereka membesar-besarkan isu persempadanan semula kawasan Pilihanraya. Sehinggakan Lim Kit Siang membuat cadangan agar Selangor mengadakan Pilihanraya lebih awal daripada PRU14. Hairan, kenapa Selangor dan bukannya Pulau Pinang, tempat kroni tegar beliau, Lim Guan Eng?
MiM menjangkakan isu yang sengaja dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dan Pembangkang ini akan dijadikan bahan berita portal-portal pro-pembangkang untuk menenggelamkan isu celupar Jeff Ooi. Kononnya, persempadanan semula yang ke-5 ini 'mencatat sejarah kerana menjadikan jurang pengundi lebih besar daripada sebelum ini – yang jelas bukan niat Perlembagaaan', dakwa Kit Siang.
Kita tanya Kit Siang, apakah beliau layak untuk bercakap tentang 'bukan niat perlembagaan' sedangkan dasar-dasar parti DAP itu sendiri memperlekehkan Perlembagaan negara?
Baca : http://ift.tt/2cXrmGXMiM cadangkan agar Kit Siang perbetulkan dahulu dasar-dasar partinya.
Nurul Izzah PKR pula mendakwa kononnya persempadanan semula itu “penipuan sistematik”. Seriously .... Nurul Izzah yang mengaku bersalah menabur fitnah kepada Raja Nong Chik, sehari sebelum PRU-13 ini mahu bercakap tentang 'penipuan'?
Realitinya, Kajian semula Persempadanan ini sepatutnya dilakukan 8 tahun sekali dan kali terakhir dibuat adalah pada 2003 dan ia sepatutnya diadakan semula pada 2011 tetapi ditangguhkan untuk memberi tumpuan kepada PRU13.
Kajian ini dilaksanakan mengikut peruntukan dalam perlembagaan iaitu Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan juga pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah. Kajian ini bermula pada 15 September hingga 14 Oktober ini. Dalam masa itu, SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan boleh dibantah oleh kerajaan negeri-negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan adalah di bawah kerajaan Pembangkang. Maka gunakanlah kesempatan dalam sebulan ini untuk membantah dan sebagainya. Malah, satu perkara yang kita perlu tahu tetapi sengaja tidak dilaporkan oleh Pembangkang dan portal-portal pro-pembangkang ialah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di seluruh negara untuk menambah bilangan kerusi Parlimen ini memerlukan sokongan 2/3 di dalam Dewan Rakyat.
Ini bermakna, jika BN setuju dengan persempadanan semula ini, BN perlukan sokongan ahli-ahli Pembangkang untuk memperolehi majoriti 2/3 itu. BN perlu sekurang-kurangnya 14 undi pembangkang untuk menjadikan jumlah sokongan sebanyak 148 kerusi bagi meluluskan usul tersebut. Sekarang, BN memiliki 134 kerusi di Parlimen manakala pembangkang adalah 87 kerusi dan 1 kerusi Bebas. Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi.
Maka, jika ini yang termaktub dalam Perlembagaan, maka Kit Siang, Nurul Izzah dan pembangkang tidak perlu melenting berlebihan dan cuba memperlekehkan Suruhanjaya Pilihanraya. Sebaliknya, mereka perlu pastikan 88 ahli Parlimen Pembangkang tidak menyokong isu persempadanan semula ini di Dewan Rakyat kelak.
Malah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya sendiri berkata, proses mewartakan dokumen persempadanan semula kawasan Parlimen tidak akan berlaku jika wakil rakyat pembangkang enggan menyokong usul tersebut.
"Pembangkang kena setuju dan parti pemerintah juga perlu menyokong sepenuhnya. Kalau tak ada (majoriti dua pertiga), tak akan berlaku perubahan (kawasan) Parlimen,” katanyaYang terbaru, SPR bercadang untuk 'mengesyorkan tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu.'
"Bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu,” katanya.Bukan itu sahaja, Persempadanan Semula Parlimen ini hanya akan berkuatkuasa setelah Perintah Persempadanan mengenai syor Kajian Semula Persempadanan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Malah, kita terutamanya Pembangkang perlu tahu bahawa Perlembagaan negara telah menetapkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tetapi masih ada puak Pembangkang tidak bertanggung jawab yang masih mahu menghina dan memperlekehkan pihak SPR.
Kerana itu juga kita berpendapat bahawa kritikan Pembangkang terhadap isu persempanan semula Parlimen hanya sekadar auta Pembangkang yang mahu buat diversion sahaja supaya rakyat tidak membicarakan betapa korup, rosak dan teruknya Pembangkang ini.
Persoalan besar, jika persempadanan semula Parlimen ini memerlukan pelbagai lapisan yang ketat sebelum diluluskan, maka kenapa Pembangkang perlu bersandiwara seperti sekarang?
Apakah kenyataan Lim Kit Siang dan Nurul Izzah itu bermaksud ada ahli-ahli parlimen pihak Pembangkang yang akan menyokong BN jika perkara ini di bentangkan dalam Dewan Rakyat nanti?
Siapakah ahli-ahli Parlimen Pembangkang itu?
Demikianlah Artikel PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN - MODAL DAP UNTUK TUTUP ISU JEFF OOI GAGAL !
Sekianlah artikel PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN - MODAL DAP UNTUK TUTUP ISU JEFF OOI GAGAL ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN - MODAL DAP UNTUK TUTUP ISU JEFF OOI GAGAL ! dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/09/persempadanan-semula-parlimen-modal-dap.html
0 Response to "PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN - MODAL DAP UNTUK TUTUP ISU JEFF OOI GAGAL !"
Posting Komentar