SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN !

SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN ! - Hallo sahabat KABAR KATANYA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel Kabar Katanya, Artikel Ragam, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN !
link : SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN !

Baca juga


SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN !

Nampaknya, Pembangkang semakin bercelaru dan tidak satu hati. Yang terbaru ialah satu lagi parti baharu akan ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO.

Dilaporkan bahawa DS Mohd Shafie Apdal akan menubuhkan partinya sendiri yang dinamakan Gerakan Parti Tempatan Sabahan sebelum akhir bulan ini. Katanya, parti itu hanya di Sabah sahaja.

Ramai pihak sudah mempersoalkan kewajaran cadangan Shafie Afdhal ini memandangkan beliau dilihat 'sekapal' dengan Muhyiddin Yassin yang telah menubuhkan parti baharu di atas nama 'pribumi'. 'Pribumi' ini merujuk kepada Melayu dan bumiputera.

Sudah tentu ada yang menganggap Shafie Afdhal tidak dapat menerima Muhyiddin sebagai ketuanya jika Shafie menjadi ahli parti baharu PPBM. Tentu juga wujud persepsi yang Shafie Afdhal mahu menjadi bossnya sendiri di dalam partinya sendiri tanpa perlu menurut perintah Dr Mahathir atau pun Muhyiddin.

Tentu ada juga yang beranggapan bahawa Shafie Afdhal itu gila kuasa dan mahukan jawatan 'Presiden parti' bukannya orang kedua atau ketiga dalam hirarki jawatan parti.

Tetapi, mampukah Shafie Afdhal mendapat sokongan baharu selain daripada pengikut-pengikut tegarnya yang sedia ada?

Dalam masa yang sama, satu video tentang Muhyiddin Yassin yang merungut tentang ubat dan hospital juga telah menjadi bahan bualan rakyat. Dalam video 49 saat itu, Muhyiddin berceloteh tentang hospital kerajaan bagi ubat panadol kepada pesakit untuk apa sahaja penyakit. 

Muhyiddin juga mendakwa bahawa 'hospital kerajaan sudah tidak ada lagi ubat'. Pesakit diberi prescription untuk membeli ubat sendiri di farmasi. Lihat video di bawah:


Jika merujuk kepada celoteh Muhyiddin dalam video ini, beliau bukan sahaja tidak benar apabila berkata 'pesakit diberi panadol untuk apa sahaja penyakit' tetapi beliau juga dilihat menyampaikan satu perkara yang berunsur fitnah iaitu 'hospital kerajaan sudah tidak ada lagi ubat'.

Hairan kerana Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu, tiba-tiba menjadi naif dan tidak tahu apa yang beliau sampaikan itu hanya merupakan satu fitnah murahan.

MiM yakin Muhyiddin tahu bahawa Hospital dan klinik kerajaan di Malaysia menggenakan bayaran perubatan dan kesihatan yang termurah di dunia. Pesakit hanya perlu membayar RM1 untuk mendapatkan rawatan pesakit luar dan bayaran hanya RM5 dikenakan jika berjumpa dengan doktor pakar. Tetapi Muhyiddin buat-buat tidak tahu fakta ini.

Malah, secara keseluruhannya, subsidi kesihatan di Malaysia mencecah 98 % . Maknanya 98 % kos kesihatan bagi setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan BN, cuma 1 atau 2 % sahaja dikenakan bayaran. Dan sistem kesihatan di Malaysia antara yang terbaik di dunia ini yang dijadikan modal politik oleh Muhyiddin dan puak Bunga Raya.

Maksudnya, rakyat masih mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik oleh doktor-doktor dan pakar-pakar serta mendapat sebahagian besar ubat-ubatan dengan harga yang teramat murah hasil subsidi kerajaan Barisan Nasional.







Demikianlah Artikel SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN !

Sekianlah artikel SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN ! dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/09/satu-lagi-parti-baharu-ditubuhkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SATU LAGI PARTI BAHARU DITUBUHKAN SELEPAS PARTI MAHATHIR - MUHYIDDIN !"

Posting Komentar