Judul : TIAN CHUA PKR DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT TAPI MASIH AHLI PARLIMEN !
link : TIAN CHUA PKR DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT TAPI MASIH AHLI PARLIMEN !
TIAN CHUA PKR DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT TAPI MASIH AHLI PARLIMEN !
Media pro-pembangkang hari ini melaporkan bahawa Tian Chua, ahli parlimen PKR didapati bersalah menghasut oleh Mahkamah Sesyen KualaLumpur.Hakim Zulqarnain Hassan dalam keputusannya berkata naib presiden PKR itu disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutam.
"Melihat kepada fakta kes saya berpuas hati tertuduh telah mengeluarkan kenyataan berniat menghasut," katanya. Zulqarnain juga secara khusus merujuk perkataan "bangkit" dan "turun ke jalan raya" diucap Tian Chua pada sebuah forum bersifat menghasut.Di bawah adalah butiran tentang Seksyen 4 di bawah Akta 15 (Akta Hasutan)
4. Kesalahan
(1) Mana-mana orang yang—
(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut;
(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau
(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima TAHUN;
dan apa-apa penerbitan menghasut yang di dapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.Dalam kes Tian Chua, beliau didapati bersalah kerana '(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut' sejajar dengan keputusan mahkamah yang berdasarkan kepada kenyataan beliau pada sebuah forum 3 tahun yang lepas.
Ahli politik PKR ini telah dijatuhkan hukuman 3 bulan dan denda RM1,800 oleh mahkamah, satu hukuman yang tidak menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Undang-undang menyatakan bahawa seseorang ahli parlimen akan hanya hilang kelayakannya jika didenda melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Demikianlah Artikel TIAN CHUA PKR DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT TAPI MASIH AHLI PARLIMEN !
Sekianlah artikel TIAN CHUA PKR DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT TAPI MASIH AHLI PARLIMEN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TIAN CHUA PKR DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT TAPI MASIH AHLI PARLIMEN ! dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/09/tian-chua-pkr-didapati-bersalah.html
0 Response to "TIAN CHUA PKR DIDAPATI BERSALAH MENGHASUT TAPI MASIH AHLI PARLIMEN !"
Posting Komentar