Judul : AKHIRNYA ..... MAHATHIR BUAT PENGAKUAN !
link : AKHIRNYA ..... MAHATHIR BUAT PENGAKUAN !
AKHIRNYA ..... MAHATHIR BUAT PENGAKUAN !
Akhirnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat pengakuan.Foto MalaysiaKini |
Isunya tentang pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong pada 15 September yang lepas mengenai dakwaan wujudnya 1.2 juta tandatangan Deklarasi Rakyat yang menggesa tindakan diambil terhadap Perdana Menteri DS Najib Razak.
"Baginda menyoal saya mengenai peruntukan undang-undang. Pada akhirnya, saya tidak berjaya meyakinkannya ... Baginda tidak berkata apa-apa, baginda cuma berkata bahawa baginda belum bersedia," katanya kepada pemberita.Untuk rekod, Deklarasi Rakyat telah mendesak supaya DS Najib diberhentikan dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi tandatangan yang kononnya seramai 1.2 juta itu telah diragui apabila seorang pengaturcara komputer bebas, Azharuddin Othman mendakwa hanya 300,000 tanda tangan asli terkandung dalam Deklarasi Rakyat, manakala 900,000 lagi adalah tanda tangan palsu. Beliau juga mendakwa ditipu dalam penjualan ratusan ribu nama untuk menipu tandatangan dalam projek memorandum Deklarasi tersebut.
"Apa yang kita tuntut tidak dapat dilaksanakan ... mungkin baginda fikir dirinya tidak mempunyai kuasa," katanya.
Dr Mahathir juga berkata,
"Apa yang saya lakukan tidak salah, baginda tidak perlu hanya mendengar kepada PM sahaja. Tidak seperti apa yang Najib kata bahawa saya bertindak melampaui undang-undang ... Agong mempunyai hak untuk melantik PM... kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk memecat.
"Apa yang saya lakukan bukan di luar perlembagaan (persekutuan). Adalah jelas bahawa raja-raja mempunyai kuasa, sebab itu kami merayu kepada mereka.Kita pun sedia maklum bahawa gerakan untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen telah gagal kerana mereka tidak mungkin akan mendapat undi yang secukupnya. Persoalan besar sekarang ialah apakah benar tindakan Dr Mahathir telah melampaui undang-undang?
Apakah Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa umtuk memecat Perdana Menteri seperti yang di dakwa oleh Dr Mahathir?
Persoalan ini timbul kerana ada pihak pembangkang yang berhujah merujuk kepada Jadul 11 Perkara 160(1) Seksyen 29 iaitu:
29. Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja -'Yang sakit atau tidak hadir' sahaja ? Any comment?
Jika suatu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa kuasa untuk membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung sedemikian atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.
Dan sungguh malang kerana perenggan ini sahaja yang diketengahkan oleh puak Pembangkang kepada rakyat. Padahal Seksyen 29 di atas mempunyai 2 perenggan dan bersyarat. Perenggan seterusnya;
Dengan syarat bahawa jika kuasa orang atau pihak berkuasa itu untuk membuat perlantikan itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan seseorang atau sesuatu pihak berkuasa lain, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa untuk membuang kerja itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan orang atau pihak berkuasa yang lain itu.
Ertinya, mereka cuba berbohong dengan memutarbelitkan kandungan Perlembagaan itu supaya rakyat percaya dengan agenda serong mereka.
Dalam konteks ini, kuasa memecat masih memerlukan kelulusan atau persetujuan pihak berkuasa yang lain. Maka kerana itu kita berbalik kepada Perkara 43 dalam Perlembagaan negara iaitu:
Perkara 43. Jemaah Menteri.Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk melantik seorang Perdana Menteri tetapi itu pun bersyarat iaitu calon yang dipilih itu mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat. Dan jika beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti itu, beliau mesti meletakkan jawatan.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam: penjalanan fungsinya.
(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
(3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
Dalam isu ini, Deklarasi Mahathir-Kit Siang yang bermasaalah dengan ribuan tandatangan palsu itu tidak mungkin akan dapat mengubah peruntukan yang sangat jelas dalam Perlembagaan Malaysia.
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah bertindak bijak apabila menolak deklarasi Mahathir-Kit Siang itu, tidak mahu masuk campur dan mahukan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lumrah negara iaitu melalui Parlimen dan sistem Pilihanraya.
DAULAT TUANKU !
Demikianlah Artikel AKHIRNYA ..... MAHATHIR BUAT PENGAKUAN !
Sekianlah artikel AKHIRNYA ..... MAHATHIR BUAT PENGAKUAN ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel AKHIRNYA ..... MAHATHIR BUAT PENGAKUAN ! dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/10/akhirnya-mahathir-buat-pengakuan.html
0 Response to "AKHIRNYA ..... MAHATHIR BUAT PENGAKUAN !"
Posting Komentar