Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong !

Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong ! - Hallo sahabat KABAR KATANYA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel Kabar Katanya, Artikel Ragam, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong !
link : Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong !

Baca juga


Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong !

Di dalam keghairahan parti DAP berkempen menjelang PRU14, DAP telah menunjukkan belangnya dan misi sebenar yang mereka cuba sembunyikan daripada rakyat dan rakan-rakan politik mereka.


Pertama, Lim Guan Eng telah membelakangi status quo Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong melantik barisan kabinetnya.

Lebih berat lagi, Guan Eng seperti mendahului Yang di-Pertuan Agong apabila Guan Eng sendiri mengumumkan DAP akan melantik Nga Kor Ming sebagai Menteri jika beliau menang di Teluk Intan dan pembangkang menang PRU14.

Portal pembangkang, Malaysiakini melaporkan kenyataan Lim Guan Eng berceramah di Teluk Intan pada 17 April 2018. Guan Eng berkata,

"Jadi kalau kita nak kalahkan dia, kita mesti hantar pemimpin besar yang berwibawa, kita mesti hantar seorang calon yang bila kita menang di Putrajaya parti DAP akan lantik dia juga sebagai menteri," kata Lim.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/420151

Sedangkan, Perlembagaan Malaysia jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong sahaja yang berhak untuk melantik Menteri-menteri, atas nasihat Perdana Menteri.

Perkara asas ini termaktub di dalam Bahagian IV Persekutuan Bab 1 Ketua Utama Negara (43) seperti di bawah :


Jelas bahawa Lim Guan Eng dan parti DAP tidak layak untuk melantik Menteri!

Persoalannya, kenapakah Guan Eng berbuat demikian jika Guan Eng bukan calon Perdana Menteri parti pembangkang kecuali jika beliau memang berhasrat untuk memegang jawatan tersebut?

Dan amat memualkan apabila Guan Eng mendakwa Kor Ming seorang 'pemimpin yang berwibawa' sedangkan Kor Ming pernah menyiarkan karikatur menghina umat Islam yang sedang menyambut perayaan Aidilfitri.

Kor Ming juga terkenal dek keceluparan mulut dan kurang ajarnya seperti di dalam video ini:


Begitu hina parti DAP jika orang yang mulut celupar ini dianggap 'berwibawa'.

Kedua, tindakan kepimpinan DAP yang begitu cepat cuba menutup misi dalaman DAP untuk merampas kerusi Menteri Besar Perak.

Pada 13 April 2018, Dr Abdul Aziz Bari telah diumum sebagai calon DAP di kerusi Dun Tebing Tinggi pada PRU14 kelak. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh penyandangnya, Ong Boon Piow dalam satu ceramah di Station 18.

Kepimpinan DAP pusat begitu cepat menafikannya dan mendakwa Boon Piow sudah melanggar disiplin parti dan kononnya akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti. Sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang keputusan daripada jawatankuasa tersebut.

Ianya bermaksud, DAP hanya sekadar berlakon sahaja kononnya mereka benar-benar serius tetapi hakikatnya, DAP telah meliwat rakan-rakan politiknya. Janji mereka untuk tidak merebut kerusi Menteri Besar hanya satu pembohongan sahaja.

Sejarah juga telah membuktikan betapa gila kuasa dan rakusnya puak DAP apabila mereka memegang kerusi majoriti di dalam kerajaan pakatan pembangkang.

Pada PRU 12, DAP memegang kerusi majoriti iaitu 18 kerusi DUN Perak manakala PKR (7 kerusi) dan PAS (6 kerusi). Konflik timbul apabila puak DAP turut mencalonkan nama ADUN DAP sebagai Menteri Besar Perak walau pun pada dasar dan awalnya, DAP bersetuju jawatan Menteri Besar disandang oleh ADUN Melayu Islam daripada PKR atau pun PAS.

Tetapi disebabkan gila kuasa dan amat rakus, DAP tetap mahu meletakkan calon mereka yang bukan Islam. DAP melanggar perjanjian sesama pembangkang, malah mereka bersikap kurang ajar menolak keputusan Sultan Perak.

Lebih biadap lagi apabila Lim Kit Siang sendiri menolak perlantikan Nizar Jamaluddin oleh Sultan Perak. Media melaporkan, beberapa jam sebelum majlis pelantikan dan istiadat angkat sumpah itu diadakan, Penasihat DAP Lim Kit Siang mengarahkan semua 18 wakil rakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah tersebut.

Dua perkara di atas sudah cukup untuk membuktikan bahawa parti DAP akan melanggar apa sahaja termasuk perjanjian sesama pembangkang jika parti itu memegang kerusi majoriti di dalam sesebuah kerajaan negeri apatah lagi jika di kerajaan persekutuan.

DAP juga tidak peduli kepada titah Sultan Perak. Malah, Sultan Selangor telah murka dan menganggap PKR dan DAP biadap dan menderhaka kerana melanggar titah baginda tentang isu perlantikan Menteri Besar.

PRU14 adalah masa untuk memastikan parti DAP ini tidak lagi diberikan lebihan kuasa dan parti-parti di bawah logo PKR juga tidak patut disokong kerana ianya akan memenangkan parti chauvinis DAP.



Sumber

http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

https://www.malaysiakini.com/news/420151

https://www.malaysiakini.com/news/79576




Demikianlah Artikel Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong !

Sekianlah artikel Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong ! dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2018/04/belum-pru14-tapi-pembangkang-sudah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Belum PRU14 Tapi Pembangkang Sudah Mendahului Yang Di-Pertuan Agong !"

Posting Komentar