Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14?

Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14? - Hallo sahabat KABAR KATANYA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel Kabar Katanya, Artikel Ragam, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14?
link : Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14?

Baca juga


Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14?

Jika mengikut Manifesto Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yang diumumkan kelmarin, Lim Guan Eng bukan lagi calon Ketua Menteri negeri jika PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti?


Di antara 68 'janji' PH Pulau Pinang ialah jawatan Ketua Menteri akan dihadkan dua penggal sahaja. Lim Guan Eng telah pun memegang jawatan tersebut selama 2 penggal sejak tahun 2008 sehingga ke hari ini. PH Pulau Pinang berbohong atau tidak menepati janjinya jika Guan Eng masih memegang jawatan tersebut selepas PRU14 nanti itu pun jika PH dapat menubuhkan kerajaan negeri.

Turut dipersoalkan ialah 'janji' PH yang kononnya kerajaan negeri tidak akan menyentuh satu inci persegi rizab hutan simpanan. Guan Eng dengan tanpa malunya mendakwa beliau dan kerajaan DAP telah 'memelihara bukit-bukau serta habitat semulajadi'.

Yang gagal didedahkan kepada rakyat negeri ialah laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek tiga jalan utama di Pulau Pinang. Sesetengah daripada kesannya tidak dapat dikembalikan seperti sedia kala seperti pembersihan hutan, pemotongan bukit, pengambilan rumah dan tanah.

Berikut adalah butiran ringkas mengenai projek sepertimana yang dinyatakan dalam EIA:
· Pakej 1: Jalan Berkembar Pesisiran Pantai Utara dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang meliputi sepanjang 10.53 km di mana 2.275 km adalah jalan atas. Jajaran 3.3 km terakhir akan melalui Hutan Simpanan Bukit Kerajaan dan Hutan Simpanan Teluk Bahang dan berakhir di sambungan ke Jalan Teluk Bahang, berdekatan Sekolah Kebangsaan Teluk Bahang. 
· Pakej 2: Jalan Pintasan Ayer Itam – Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 5.7 km di mana 3.8 km adalah jalan atas. Jalan raya yang dicadangkan adalah dua lorong berkembar (empat lorong). Laluan dari Lebuhraya Thean Teik melalui pinggir kawasan berhutan dan berbukit ke arah Jalan Bukit Gambir. 
· Pakej 3: Jalan Pintasan Persiaran Gurney – Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu sepanjang 4.075 km dengan 2.025 km jalan raya bertingkat dan 2.050 km terowong bertingkat.
Sejumlah 238 lot tanah akan diambil untuk ketiga-tiga projek jalan-jalan utama ini. Ia melibatkan:
a. 3.34 hektar dalam 2 hutan simpanan kekal
b. 34.5 hektar tanah hutan negeri.
c. 16.5 hektar tanah hutan, tanah persendirian, tanah negeri dan persekutuan.
Jumlah kawasan yang diambil untuk Pakej 1 ialah 600,555 meter persegi. Pakej 2 melibatkan pengambilan 216,606 meter persegi, dan Pakej 3 melibatkan 9,792 meter persegi.
a. Pengagihan penggunaan tanah sepanjang koridor jalan (hak laluan – ROW) dalam Pakej 1 meliputi 348,651 meter persegi hutan atau hampir 52% daripada jumlah kawasan. 
b. ROW Pakej 2 meliputi hampir 45% daripada kawasan hutan (165,334 meter persegi). 
c. Pakej 3 melalui pusat bandar melibatkan kawasan kediaman, komersial dan industri.
Jajaran Pakej 1 pula akan melalui kawasan hutan Teluk Bahang akan melibatkan pemindahan spesies pokok unik dan endemik iaitu Kerusing gasing (Atuna penangiana) yang disenaraikan sebagai mudah terdedah kepada ancaman.

Dan bagaimanakah Lim Guan Eng boleh mendabik dada jika sudah banyak kawasan berbukit telah dan akan dirosakkan oleh kerajaan DAP negeri?

Kita dimaklumkan bahawa Pakej 1 dan Pakej 2 melalui kawasan berbukit dengan ketinggian maksimun 159 meter (berdekatan Moonlight Bay) dan 110 meter (berdekatan Menara Greenview).

Kekhuatiran rakyat negeri tentang kerakusan kerajaan negeri merosakkan lereng-lereng bukit telah menyebabkan 14 pekerja mati di tapak projek di Tanjung Bungah. Ini adalah bukti kedegilan kerajaan DAP Pulau Pinang yang tidak mahu mendengar keluhan rakyat berhubung pembangunan tanah yang tidak terkawal terutamanya di kawasan bukit.

Pada 31 Disember 2016, NGO Penang Forum telah mengambil inisiatif menyediakan dokumen bertajuk Penang Hills Watch Report 2016. Di antara lain, dokumen itu adalah kompilasi 29 projek perumahan yang melibatkan pembinaan di lereng bukit dan pengondolan bukit di Pulau Pinang.


Mereka telah menyerahkan dokumen tersebut kepada kerajaan DAP negeri pada 2 Januari 2017. Malangnya, Kerajaan DAP tidak mengambil serius saranan NGO dan suara rakyat. Projek-projek itu masih diteruskan sehinggalah berlakunya tragedi tanah runtuh ini.

Lim Guan Eng juga mendabik dada dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town padahal, usaha untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut adalah jasa kerajaan BN. Yang memalukan ialah Pulau Pinang mungkin akan kehilangan status tersebut akibat gangguan Pelan Induk Pengangkutan ciptaan kerajaan DAP Pulau Pinang, seperti dakwa NGO Penang Forum.

Malah, tarikan warisannya semakin terhakis sehari demi sehari. Contoh yang nyata ialah isu perobohan Hotel Runnymede, di Jalan Sultan Ahmad Shah yang mencetuskan kemarahan banyak pihak khususnya kalangan pencinta warisan dan sejarah.


Sebenarnya, banyak lagi isu-isu tempatan yang dipersoalkan oleh NGO-NGO Pulau Pinang tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP. Rintihan mereka tidak akan dipedulikan langsung dan tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan DAP negeri kerana DAP tahu, NGO-NGO ini akan tetap mengundi parti itu pada PRU-14 nanti.

Rakyat pun sudah mual dengan hipokrasi NGO-NGO yang hanya pandai mengkritik sahaja tetapi mereka masih menyokong kerajaan DAP yang mereka kritik itu. Rakyat juga tahu bahawa Dr Mahathir tidak akan berani menegur kerajaan DAP negeri, begitu juga pemimpin-pemimpin PKR, PAN dan parti Bunga Raya yang lain.

Inilah kelemahan NGO-NGO seperti Penang Forum. Dan selagi mereka tidak menolak kerajaan DAP pada PRU14 nanti, DAP akan terus merosakkan alam sekitar, mesra pemaju dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Dan jika 51 janji PH sebelum ini pun tidak dapat dilaksanakan, mana mungkin rakyat negeri mahu percaya dengan 68 janji terbaru PH untuk PRU14 nanti. Tambahan pula, PH adalah pakatan haram yang tidak diiktiraf oleh ROS, maka mereka tidak terikat dengan 'janji-janji' mereka.

Kerana itu juga, rakyat di negeri ini mesti membantu Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan DAP yang sudah diberi 2 penggal untuk mentadbir tetapi ternyata gagal.



Sumber

https://ift.tt/2xYzMYv
https://ift.tt/2JtqhlA
https://ift.tt/2xYzQaH
https://ift.tt/2FfQhyg



Demikianlah Artikel Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14?

Sekianlah artikel Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14? dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2018/04/lim-guan-eng-dap-bukan-lagi-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lim Guan Eng DAP Bukan Lagi Ketua Menteri Selepas PRU14?"

Posting Komentar