Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah?

Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah? - Hallo sahabat KABAR KATANYA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel Kabar Katanya, Artikel Ragam, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah?
link : Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah?

Baca juga


Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah?

Kecenderungan kepimpinan pembangkang untuk lari daripada parlimen dan DUN yang mereka menang, tidak dapat dinafikan lagi terutamanya parti DAP.


Yang terbaru, Nurul Izzah akan lari daripada parlimen Lembah Pantai, begitu juga Wan Azizah Wan Ismail.

Nurul Izzah akan bertanding di Permatang Pauh, Pulau Pinang manakala Wan Azizah akan lari ke kawasan parlimen di Lembah Kelang sama ada di Pandan atau Bandar Tun Razak.

Pelbagai alasan yang dikemukakan tetapi rakyat Lembah Pantai tidak pernah lupa dengan fitnah jahat Nurul Izzah terhadap Raja Nong Chik, sehari sebelum PRU-13. Nurul Izzah telah berbohong besar tentang penglibatan Raja Nong Chik di dalam pembelian tanah di Bukit Kiara.

Pembohongan Nurul Izzah ini dilaporkan oleh portal pembangkang, MalaysiaKini yang turut disaman oleh Nong Chik. Tajuk fitnah portal MalaysiaKini:
“Dato’ Raja Nong Chik Zainal Abidin’s Involvement in the Transfer of 12 Acres of Bukit Kiara land from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) to A Nominee Company for Onward Sale to A Major Property Development Company for Close to 475 Million”.
Fitnah jahat sehari sebelum PRU-13 ini tentu memberi kesan negatif kepada Nong Chik dan ada pengundi-pengundi parlimen yang mungkin tidak mengundi beliau disebabkan fitnah jijik tersebut. Tambahan pula, undi majoritinya hanya 1,874 undi.

Tindakan Nurul Izzah lari ke parlimen Permatang Pauh berkemungkinan besar  kerana beliau menganggap kerusi tersebut adalah kerusi selamat. Beliau berharap kepada nama bapanya tetapi politik di Permatang Pauh tidak lagi sama seperti PRU13 dan sebelumnya.

Yang pasti, Nurul Izzah akan kehilangan undi penyokong-penyokong parti PAS yang sebelum ini bersama-sama dengan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Dan akan berlaku pertandingan 3 penjuru di Permatang Pauh di antara BN, PAS dan PKR.

Jika dari segi gerak kerja, kepimpinan UMNO Permatang Pauh di bawah Datuk Mohd Zaidi Mohd Said telah membuktikan banyak perubahan dan pembangunan yang dibawa UMNO di Permatang Pauh berbanding peranan Ahli Parlimennya sendiri.

Malah, usaha murni yang dilakukan oleh UMNO Permatang Pauh bukannya bermusim tetapi mereka tidak pernah berhenti bekerja untuk rakyat, mengalahkan Wan Azizah yang didakwa jarang balik kawasan.

Segalanya ini sudah terbukti apatah penulis sendiri telah mengikuti gerak kerja UMNO Permatang Pauh secara dekat dan berlakunya perubahan iklim politik di parlimen tersebut.

Kerana itu juga, penulis tidak hairan jika desas-desus tentang Nurul Izzah bertanding di Permatang Pauh tidak disahkan sendiri oleh Wan Azizah seperti pengumuman beliau tentang kerusi yang akan ditanding oleh Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir.

Wan Azizah dan PKR tahu bahawa kerusi Permatang Pauh bukan lagi kerusi selamat dan sudah terlambat untuk tiba-tiba rajin turun dan bertemu rakyat sedangkan rakyat tahu mereka jarang berbuat demikian sebelum ini.

Apakah akan berlaku tsunami Permatang Pauh menolak PKR dan Nurul Izzah?

Tidak mustahil.



Sumber

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/nurul-izzah-moves-to-permatang-pauh-wan-azizah-heads-to-klang-valley

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Politik/20140822/po_02/Nurul-Izzah-mohon-maaf-kepada-Raja-Nong-Chik#ixzz5CtuQsDZ8



Demikianlah Artikel Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah?

Sekianlah artikel Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah? dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2018/04/nurul-izzah-wan-azizah-tukar-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nurul Izzah & Wan Azizah Tukar Parlimen. Takut Kalah?"

Posting Komentar