KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN - Hallo sahabat KABAR KATANYA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel Kabar Katanya, Artikel Ragam, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN
link : KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Baca juga


KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Kita semua sedia maklum bahawa Kimberly Motley, peguam warga asing telah dilantik oleh Anwar Ibrahim untuk menjadi peguamnya. Tetapi dalam masa yang sama, kita pun tahu bahawa perlantikan ini hanya sekadar wayang global murahan untuk menarik publisati pihak dunia terhadap kes liwat Anwar Ibrahim yang telah sah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan.


Cuma yang kelakarnya ialah apabila peguam USA ini telah menyekat MiM di dalam twitter! Kononnya memperjuangkan freedom of speech tetapi beliau sendiri meliwat 'perjuangan'nya. Dengan hanya satu soalan mudah, Kimberly Motley begitu takut dengan MiM.

Ceritanya bermula apabila MiM melayari twitter peguam Anwar Ibrahim dan mendapati peguam itu menggunakan perkataan kesat 'jackass'.



Hanya kerana mempersoalkan penggunaan perkataan 'jackass' itu, peguam Anwar Ibrahim itu telah takut dan menyekat twitter MiM. What a shame!


Untuk rekod, pada 30 April 2015, Anwar Ibrahim telah menfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Rayuan difailkan di bawah Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 bagi merayu membatalkan dan mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap beliau.

Ironinya, Mahkamah Persekutuan sebelum ini telah pun menjelaskan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan untuk menyemak keputusannya sendiri.

Pada tahun 2010, Hakim Zulkefli dan Hakim Datuk Heliliah Mohd Yusof telah mengambil pendirian bahawa Mahkamah Persekutuan memang boleh menyemak keputusannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995, namun kuasanya terhad bagi perkara mengenai prosedur sahaja.

Kuasa terhad yang diberikan kepada Mahkamah Persekutuan mengikut Peraturan 137 adalah untuk mengekalkan karektor mahkamah berkenaan sebagai mahkamah keadilan dan memperbetulkan ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah. Matlamat Peraturan 137 bukanlah untuk merungkai keputusan akhir.

Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan pula berkata bahawa Peraturan 137 tidak boleh diertikan sebagai bermaksud ia memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyemak, membuka semula, mendengar atau melawatnya, menterbalikkan atau mengenepikan sesuatu keputusan dalam rayuan yang telah didengar dan dilupuskan. Beliau juga berpendapat Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Kehakiman tidak memberikan kuasa kepada Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusannya sendiri.

Beliau berkata Peraturan 137 bukanlah satu lagi peringkat membuat rayuan, dan bagi kepentingan awam, mesti ada keputusan muktamad dalam sesuatu kes atau pertikaian. Hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata,
"Saya tidak fikir bahawa ketika Jawatankuasa Peraturan memperkenalkan Peraturan 137 dalam Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan, terdapat niat untuk membenarkan pihak-pihak memohon semakan terhadap keputusan awal mahkamah ini dalam menjalankan kuasanya.

"Adalah sesuatu yang malang jika mahkamah ini menggunakan Peraturan 137 bagi membenarkan satu lagi panel setaraf mendengar dan memutuskan bahawa keputusan panel terdahulu khilaf atau tidak betul dan bahawa panel terdahulu membuat keputusan yang silap," katanya.
Dan nampaknya, Anwar Ibrahim telah mengulang tayang  proses mahkamah itu. Pada bulan September 2004, Anwar Ibrahim telah gagal meminta Mahkamah Persekutuan untuk menyemak keputusannya mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 6 tahun terhadap beliau kerana rasuah.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim kerana bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan.

Ketidakwajaran untuk menyemak kembali keputusan yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan oleh Mahkamah Persekutuan sendiri merupakan intipati isu yang perlu kita fahamkan.
Tambahan pula, 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang telah mengekalkan hukuman ke atas Anwar Ibrahim adalah mereka yang amat berwibawa termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

MiM berkata demikian kerana puak pembangkang cuba mencipta sandiwara kononnya Anwar Ibrahim masih tidak bersalah.

Kerana itu juga tiba-tiba muncul peguam warga asing bernama Kimberly Motley yang bukan sahaja mencalar kedaulatan undang-undang negara Malaysia tetapi juga telah menghina sistem pemerintahan negara berdaulat ini. 
1. Beliau adalah 'aktres jemputan' dalam drama pembangkang yang fungsinya cuba memperlekeh-lekehkan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar Ibrahim.

2. Beliau juga akan menjadi 'distributor' yang akan menjaja drama pembangkang ini di luar negara Malaysia.
Dalam masa yang sama, kehadiran Kimberly Motley ini secara tidak langsung menunjukkan ketidakberkesanan dan ketidakmampuan 15 peguam Anwar Ibrahim sehinggakan beliau terpaksa mengimpot peguam warga asing yang tidak pun layak kerana tidak berdaftar di negara ini! Di manakah peguam-peguam ini mahu sembunyikan muka mereka lagi?

Dan satu perkara yang seluruh rakyat mesti ingat ialah Tun Mahathir Mohammad merupakan salah seorang yang sangat penting mendedahkan aktiviti songsang liwat Anwar Ibrahim.

Video : Mahathir dedahkan aktiviti liwat Anwar

Dan sekarang, anak Anwar Ibrahim pula telah menuntut agar Mahathir Mohamad meminta maaf kepada Anwar Ibrahim. Kita tunggu dan lihat respons Mahathir atau pun beliau akan berdiam diri tidak akan memberi sebarang kenyataan.
Kes liwat Anwar Ibrahim : http://ift.tt/2cg92Gu



Demikianlah Artikel KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sekianlah artikel KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2016/09/kimberly-motley-peguam-anwar-mencarut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KIMBERLY MOTLEY, PEGUAM ANWAR MENCARUT & ISU SEMAKAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN"

Posting Komentar