Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14

Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14 - Hallo sahabat KABAR KATANYA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Hari Ini, Artikel Kabar, Artikel Kabar Katanya, Artikel Ragam, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14
link : Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14

Baca juga


Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14

Kita sedia maklum Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Parlimen dibubarkan esok (7 April 2018) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung.


Mengikut Perkara 55 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh itu.

Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam PRU14 ini termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.

PRU14 ialah yang kedua buat Najib Razak selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Bilakah tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan tarikh mengundi?

Pada PRU13, Najib Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April 2013:
1. 10 April - Pengerusi SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. (seminggu selepas pembubaran)
2. 20 April - tarikh penamaan calon. (10 hari selepas pengumuman SPR)
3.  5 Mei - tarikh mengundi (15 hari selepas penenamaa calon)
Tempoh berkempen PRU13 ialah selama 15 hari dan PRU12 pula ialah 13 hari. Tempoh berkempen juga pernah dikurangkan kepada 9 hari pada 1999 semasa Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Penulis sediakan kalendar untuk sesiapa yang ingin mengagak tarikh-tarikihnya.

Besar kemungkinan,
1. SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon & tarikh mengundi minggu depan..
2. SPR memerlukan 10-15 hari untuk mengerakkan jentera pilihanraya ke seluruh Malaysia.
3. Tempoh berkempen di antara 10-15 hari.
4. Jika hari mengundi jatuh pada hujung minggu, tarikh-tarikhnya ialah 5, 6, 12 dan 13 haribulan Mei.

Seperti biasa, puak pembangkang terutamanya PPBM menuding jari menyalahkan Datuk Seri Najib Razak yang menyebabkan parti itu dibubar sementara. Tuduhan ini amat jengkel dan jelas menujukkan kebodohan puak PPBM itu sendiri.

Rakyat tahu bahawa isu PPBM adalah disebabkan oleh ahli-ahli parti itu sendiri. Di bawah ialah kronologi isu PPBM:
9 November 2017- ROS mengeluarkan kesalahan PPBM kerana menggunakan istilah Armada yang tidak terkandung dalam perlembagaan parti sekali gus boleh menyebabkan ia dibatalkan. 
17 November 2017 - Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh diharamkan pendaftarannya kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu. 
Tiga kesalahan itu ialah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
23 November 2017- PPBM kemuka permohonan daftar parti kepada ROS. 
24 November 2017 - Sebanyak 358 aduan berhubung kegagalan pucuk kepemimpinan PPBM mematuhi ketetapan parti sudah dikemukakan kepada ROS oleh 26 bahagiannya di Johor setakat 20 November lalu.
15 Februari 2018 - Bekas Ketua Pemuda PPBM Bahagian Klang, Mohd Kairol Faizal Mohd Nordin mendesak ROS didesak menggantung atau membatalkan PPBM jika isu perlanggaran perlembagaan yang dilakukan pimpinan parti bertentangan dengan mana-mana Akta Pertubuhan Malaysia.
22 Februari 2018 - Hampir 1,000 ahli akar umbi dan bekas pemimpin kanan PPBM berhimpun di hadapan Ibu Pejabat ROS di sini, bagi mendesak tindakan segera dan tidak memberi 'keistimewaan' kepada PPBM, jika terbukti terdapat salah laku dan pelanggaran fasal dalam perlembagaan parti itu.
9 Mac 2018 - ROS mengeluarkan kenyataan bahawa satu notis dikeluarkan mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM, yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.

Menerusi Notis 14 (2) itu, PPBM diarah mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti terbabit.

10 Mac 2018 -Bekas Exco Armada PPBM Wahazir Wahabi, menyifatkan teguran ROS terhadap parti itu, sebagai bukti kebenaran dakwaan ahlinya selama ini bahawa parti itu tidak mengendalikan urusan parti mengikut undang-undangnya sendiri.
Beliau berkata adalah terbukti parti itu sudah melanggar perlembagaannya sendiri dalam beberapa perkara, seperti maklumat perhimpunan agung tahunan yang tidak betul dan mewujudkan 'sayap haram' dikenali sebagai Armada tanpa peruntukan di dalam perlembagaan.
16 Mac 2018 - Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengakui parti itu tidak dapat memenuhi dua daripada sembilan perkara dituntut ROS, iaitu laporan mesyuarat bahagian dan cawangan kerana ia belum dan tidak dapat dilaksanakan.
1 April 2018 -Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor, mempersoalkan ketulenan beberapa dokumen yang didakwa diserahkan parti itu kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) 
5 April 2018 - Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengeluarkan perintah pembubaran sementara berdasarkan notis mengikut Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966, kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) - sumber
Jelas bahawa isu PPBM adalah disebabkan oleh kecuaian dan ketidakmampuan kepimpinan PPBM untuk mengurus parti sendiri. Dan mereka ini yang mahu mentadbir negara. Sungguh memalukan!

  


Demikianlah Artikel Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14

Sekianlah artikel Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14 dengan alamat link https://kabarkatanya.blogspot.com/2018/04/tarikh-penamaan-calon-mengundi-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tarikh Penamaan Calon & Mengundi Untuk PRU14"

Posting Komentar